Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Persekutuan Rusia, Vladimir Putin menekankan perihal pentingnya diplomasi di dalam mencari penyelesaian ke atas krisis di antara Qatar dan negara-negara jiran Arabnya.
"Vladimir Putin menekankan kepentingan usaha politik-diplomatik yang bertujuan mengatasi perbezaan pendapat serta menamatkan situasi sukar yang wujud supaya kembali normal," baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Kremlin pada hari Sabtu.
Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir pada awal bulan ini mengenakan sekatan perdagangan dan memutuskan hubungan diplomatik mereka dengan Qatar dengan menuduh Doha menyokong keganasan.
Pakatan tersebut kemudiannya menyerahkan sebuah senarai tuntutan yang terdiri daripada 13 perkara kepada Qatar. Mereka memberikan Doha masa selama 10 hari untuk bertindak selari dengan tuntutan tersebut untuk mengelakkan sebarang respon yang tidak dijelaskan.
Tuntutan mereka termasuk penutupan rangkaian berita Al Jazeera, pemindahan tentera Turki dari bumi Qatar dan pengurangan kerjasama dengan Iran. Pakatan itu turut menuntut Qatar supaya menghalau anggota Unit Pengawal Revolusi Iran dari negara itu dan memutuskan hubungan dengan pertubuhan Ikhwan al Muslimin Mesir.
Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani pada hari Khamis berkata bahawa mereka bersedia untuk berbincang berkaitan "isu yang sah" dengan pakatan pimpinan Arab Saudi itu. Akan tetapi, sebahagian daripada tuntutan itu tidak masuk akal.
"Kami tidak boleh memutuskan hubungan dengan IS (Daesh), al-Qaeda dan... Hizbullah kerana hubungan yang disebutkan tidak pernah wujud," katanya.
Doha juga tidak boleh menghalau keluar anggota Unit Pengawal Revolusi Iran (IRGC) dari negara itu kerana "tiada seorangpun (anggota IRGC) yang berada di Qatar." -ABNA24
/315
2 Julai 2017 - 07:28
News ID: 839925
Presiden Persekutuan Rusia, Vladimir Putin menekankan perihal pentingnya diplomasi di dalam mencari penyelesaian ke atas krisis di antara Qatar dan negara-negara jiran Arabnya.